Selamat Datang ke laman blog Azfar El Ideris


Apa yang dipaparkan dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan berdasarkan analisis penulis sendiri. Ia tidak dipengaruhi mana-mana individu atau persatuan. Ia juga tidak mewakili sebarang organisasi. Sebarang pendapat atau teguran, sama ada positif atau negatif adalah dialu-alukan. Bagaimanapun penggunaan bahasa kasar, menghina atau berbentuk ugutan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Wednesday, May 26, 2010

KECOH BETUL – TRILOGI di belakang tabir II


Hujung minggu hari tu bila teman baca paper (akhbar) teman rasa bangga pun ada. Apa tidaknya apabila nama keluar paper (walaupun kecik aje sebagai pegarah bersama – jadi le sebagai motivasi diri dan kengkawan baca daripada takde). Di kesempatan ini teman ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas wartawan dan editor akhbar-akhbar terebut dan tak lupa juga kepada blogger yang menulis review yang teman rasa sebagai fleksibel. Teman tidak menafikan sebagai pengarah baru masih banyak kelemahan dan masih banyak yang teman perlu belajar. Terima kasih di atas komen yang membina dan sebagai pengkarya teman akan cuba mengatasi kelemahan-kelemahan itu di masa akan datang.

Berbalik kepada Kecoh Betul, teman tertarik dengan satu kenyataan pada salah satu artikel di akhbar berkenaan Kecoh Betul yang berbunyi…pengarah berjaya membawa idea dan ideologi yang tersendiri dalam Kecoh Betul. Sebelum menggarap Kecoh Betul, teman ada le buat research teman sendiri sebagai seorang yang dah terlibat dengan filem selama 10 tahun. Teman dah lalu bagaimana rasa penerbit dan pengarah yang dapat untung banyak dan tak kurang juga yang terlungkup. Memandangkan Kecoh Betul ni first baby teman, teman bertanggungjawab di atas sambutannya nanti. Setiap pengarah ada formulanya yang tersendiri dan formulalah yang teman cari. Macammanapun teman akan tunggu bagaimana sambutannya nanti, sekiranya berhasil teman rasa bertanggungjawab untuk berkongsi bersama formula teman tu dengan pengarah dan penerbit-penerbit baru.

Hari tu tulisan teman berhenti takat cerita Nabil. Kali ni teman nak berkongsi sikit cerita pasal Bell Ngasri. Teman ada baca dalam satu artikel berkenaan dengan Bell Ngasri yang menyatakan dia terpilih di saat akhir sebagai pelakon di Kecoh Betul. Teman tidak menafikannya tetapi nak betulkan sedikit kenyataan itu. Memang lumrah setiap produksi untuk ada dua tiga pilihan pelakon sebagai pemegang watak, begitu juga dengan Bell, beliau bukan dipilih di saat akhir tetapi merupakan pilihan seterusnya setelah pelakon yang terpilih sebelum itu tidak memberi komitmen yang bagus. Bagi saya kehadiran Bell dalam produksi Kecoh Betul benar-benar memberi impak yang bagus kepada filem itu sendiri(ada hikmah disebalik penolakan pelakon yang dipilih sebelumnya). Bell Ngasri yang kita sedia maklum, menghambakan diri sebagai insan seni sedari kecil lagi (teman sekolah lagi dia dah berlakon). Kehebatan dan komitmen yang diberi oleh saudara Bell tidak dapat teman sangkal. Wataknya sebagai seorang yang gagap cukup ‘menjadi’. Bagi teman, Bell tidak perlu berasa rendah diri atau kecil hati apabila dipanggil tika saat akhir. Sepertimana yang teman khaborkan tadi, Bell bukan dipilih di saat akhir tetapi merupakan pilihan seterusnya. Dengan komitmen dan lakonan mantap yang diberikannya teman sekali lagi tidak dapat menyangkal bahawa dia sebenarnya pilihan yang terbaik.

Dah bercerita pasal Bell, selepas ini teman nak cerita pulak pasal Shah R. Siapa Shah R.? Kalau nak tahu tunggulah teman tulih ceghitanye.

No comments:

Post a Comment