Selamat Datang ke laman blog Azfar El Ideris


Apa yang dipaparkan dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan berdasarkan analisis penulis sendiri. Ia tidak dipengaruhi mana-mana individu atau persatuan. Ia juga tidak mewakili sebarang organisasi. Sebarang pendapat atau teguran, sama ada positif atau negatif adalah dialu-alukan. Bagaimanapun penggunaan bahasa kasar, menghina atau berbentuk ugutan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Thursday, July 16, 2009

No matter what life has to goes on and on........

To do a movie is not that easy. Besides, good script.. good film casts.. good film director etc. it is still not enough. You will still need 'luck'. It almost same as 'gambling'. You wouldn’t know audience will attracted enough with the best movie poster or your movie trailer which display/played in all cinemas nationwide.

It is unpredictable. Sometimes you were confident enough with the movie that you produced but it was not make it. But sometimes you feel it is the worst movie you ever seen but suddenly booomm with box office collection..! Gossshhh!

Last few days, I was invited to watch ‘Setem’ directed by Kabir Bhatia at GSC, Tropicana City Mall (it is a new shopping mall)… It is a very entertaining movie and could consider it as a movie of the year. (Clap! Clap! Clap..!) The way Kabir blend the story makes you laugh and laugh and laugh. The 110 minutes movie would not bored at all. All of the audience in the hall was none stopped laughing and none of the audience getting out of the hall for a break. Felt likes sitting on sticky chair, you can’t get up.

In this movie all of the character was very good but still Sathia the best of the best! He doesn’t mean to do that but I think Sathia has over shadow other characters. He was really good. For sure he would get more jobs after this. J…!

If previously you had watch ‘Ocean 11’, this movie is about the same. I mean the storyline. For your acknowledgement, this ’Malaysian’ movie has be done by Kabir who is not Malaysian. Kabir also does not speak Malay but he makes it. Good job Kabir! But for sure his wife Mira had do translation for him. J

Actually, I would like to write more on this movie but I have to rush for something else. If you guys have time, please go and watch this movie. I will guarantee you will enjoy it. This movie will be in cinemas on July 30th and you could consider it as ‘Filem mesti tonton’.. Good luck for ‘Setem’!

Wednesday, May 20, 2009

ISU REMPIT, ‘SAMSENG JALANAN’ DAN BOHSIA…jangan pilih jalan hitam.

Sejak dua minggu lalu hebat diperkatakan tentang isu rempit. Apabila mengutarakan isu rempit ini ianya tidak lari dari hal-hal negatif yang membawa kepada kes-kes jenayah dan kes pelanggaran undang-undang. Isu rempit ini yang bagi saya bagaikan tiada kesudahannya. Ini kerana dua tiga tahun sebelum ini juga isu ini pernah hangat diperkata dan dibahaskan. Kumpulan mat-mat rempit ini pula bagaikan satu ‘kesatuan warisan’ yang terlarang di’perturun’kan pada setiap tahun malahan setiap zaman. Pada pemikiran saya, selagi ada motosikal di bumi Malaysia ini, selagi itulah budaya rempit ini akan terus menjadi ‘warisan’.

Isu rempit ini telah lama mengundang saya untuk menulis di ruangan ini, tetapi saya renggangkan perasaan itu kerana banyak urusan-urusan lain berkenaan filem saya yang harus saya dulukan. Perasaan itu kembali membuak-buak apabila saya terbaca di akhbar hari ini berkenaan dengan artikel yang menyentuh akan penggantian istilah ‘mat rempit’ kepada ‘samseng jalanan’. Petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Mei 2009 menyebut, 'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah 'mat rempit' bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof melalui kenyataannya menyifatkan pihak polis tidak mahu mempopularkan istilah mat rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut.
Ada kebenaran akan kenyataan itu tetapi secara peribadi saya berpendapat penggantian istilah ini bermaksud pemisahan kelompok yang dipanggil mat rempit kepada segelintir kelompok mat rempit yang terarah menjalankan aktiviti jenayah seperti meragut dan merompak.
Melalui ruangan ini, hari ini saya tidak mahu mengupas banyak berkenaan penggantian istilah tersebut. Tulisan saya hari ini lebih terarah kepada kenyataan Datuk Abdul Aziz Yusof yang antara lain berkata "Masyarakat, media serta pengeluar filem juga disaran tidak mengagung-agungkan istilah mat rempit’’, kerana ini menurut beliau, penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti samseng jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini.


APAKAH BENAR PENGHASILAN FILEM AKTIVITI SAMSENG JALANAN MENGGALAKKAN KEGIATAN TIDAK BERMORAL

Ketika kehangatan isu rempit ini diperkatakan, ianya sama hangat dengan sambutan yang diberikan kepada filem Bohsia…jangan pilih jalan hitam arahan Syamsul Yusuf. Adakah ianya kebetulan saya tidak pasti, tetapi ini seakan-akan memberi pandangan bahawa filem tersebut menjadikan ‘perangai’ kumpulan mat-mat rempit ini makin ‘menjadi-jadi’ dalam erti kata lain menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini.
Tulisan saya ini tidak memihak kepada mana-mana pihak, cuma sebagai penggiat filem saya rasa bertanggungjawab untuk mengemukakan beberapa pandangan yang saya rasakan perlu untuk masyarakat tahu dan jalan penyelesaian agar filem tidak dipersalahkan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Syamsul di atas kejayaan filem tersebut. Syamsul sendiri sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang dipaparkan di dalam filem tersebut adalah merupakan hal-hal yang benar-benar berlaku.

Dua tahun lalu, saudara Ahmad Idham melalui filem arahannya Remp-it terbitan Metrowealth Movies Production telah berjaya menjadikan filem tersebut sebagai filem ‘kesukaan ramai’. Hari ini, Syamsul pula mengangkat satu plot dalam kisah kehidupan mat-mat rempit iaitu bohsia sebagai pendukung utama.

Sebagai pembikin filem, perkara utama yang harus dan perlu difikirkan ialah bagaimana caranya untuk mem’bikin’ sebuah cerita/filem yang mampu membawa keuntungan atau setidak-tidaknya mampu mengembalikan modal penerbit. Ini penting bagi memastikan para penerbit akan terus ‘hidup’ dan terus membiayai idea-idea yang mendatang.

Bagi saya untuk berjaya di mata luar, kita perlu membuka mata masyarakat di dalam terlebih dahulu dan inilah yang telah dilakukan oleh Syamsul. Syamsul dan juga Farid Kamil (penulis skrip Remp-it) sebelum ini telah berjaya menemui antara salah satu formula yang membawa kepada kejayaan sesebuah filem. Mereka telah berjaya menarik perhatian golongan ‘penonton tertentu’ untuk pergi ke panggung.

Purata golongan umur penonton yang paling ramai menonton filem Melayu di panggung adalah antara 16 tahun hingga 25 tahun dan mengikut kajian kebanyakan mat rempit adalah daripada kalangan remaja yang berumur di antara 15 ke 19 tahun dan pastinya golongan ini jugalah yang menonton filem dipanggung.

Apa yang dipaparkan di dalam kedua-dua filem tersebut, Remp-it dan Bohsia bukanlah merupakan satu hal yang baru, malah ianya merupakan perkara-perkara biasa yang pernah dilakukan oleh golongan mat-mat rempit ini. Apa yang jelasnya disini ialah mat-mat rempit ini ‘suka’ dan ‘seronok’ apabila menonton watak mereka difilemkan. Oleh yang demikian sambutan terhadap filem-filem sebegini mendapat sambutan dikalangan kumpulan-kumpulan ini.

Kesimpulannya dari sudut formula mencari penonton dan keuntungan, pembikin-pembikin filem ini telah berjaya, tetapi dari sudut mengutarakan mesej, rasanya masih belum sempurna. Apa yang masih belum sempurna, itulah yang patut para penerbit, pembikin filem dan juga karyawan kita perlu cari.

Kita tidak mahu ada pihak melabelkan para penerbit dan penggiat filem sebagai hanya tahu mencari keuntungan dari sudut wang ringgit sahaja tetapi juga berjaya membawa ‘keuntungan’ dari sudut pembinaan sahsiah jati diri para penontonnya.

MENCARI YANG MASIH BELUM SEMPURNA

Sebagai pembikin filem saya masih berpegang kepada prinsip bahawa filem adalah merupakan alat untuk membentuk masyarakat. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa para pembikin filem harus memikirkan bagaimana naskhah(filem) mereka selain dari memberi hiburan tetapi dapat juga ‘meninggal’kan sesuatu yang terkesan atau manfaat dalam kehidupan mereka.

Ternyata hal ini bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ianya tetap tidak susah. Media bagi saya tetap menjadi agen pembangunan di dalam pembentukan masyarakat.

Hari ini artis diangkat sebagai idola dan remaja diluar sana bagaikan berlumba untuk bersama turut serta dalam dunia glamor. Bagi saya ianya tidak salah, artis atau selebriti yang bagus ketrampilannya diangkat sebagai idola atau ikon. Ini kerana artis dan juga selebriti adalah sebahagian dari media itu sendiri.

Sedikit pandangan kepada penerbit-penerbit serta pembikin-pembikin filem yang telah berjaya dan yang sudah ada nama, kenapa tidak dijalankan acara-acara kemasyarakatan yang membabitkan filem-filem (terutama yang mampu membangkitkan kontroversi) itu tadi bagi membetulkan semula segala yang ‘negatif’ dalam filem tersebut. Maksudnya ada kesinambungan secara tidak langsung selepas atau sebelum filem itu ditonton. Sebagai pembikin filem, untuk mendapatkan jalan cerita yang menarik, perlu divisualkan hal-hal yang negatif bagi tujuan ke arah pembinaan hal-hal yang positif.
Namun tidak dapat dinafikan bukan mudah untuk kita menjayakan sesuatu yang negatif itu kepada positif tanpa ada usaha – usaha kesinambungan yang saya katakana tadi. Meletakkan filem seratus peratus sebagai alat kepada tanda jaya positif adalah sukar kerana di Malaysia filem (setakat ini) hanya mampu menjadi sebahagian daripada alat tersebut. Kerjasama dari badan-badan kerajaan dan persatuan-persatuan belia sebenarnya dapat menjayakan matlamat ‘kesinambungan’ itu tadi.

Pada pendapat saya filem atau cerita itu tidak salah, cuma cara penafsiran pengisian filem tersebut perlu diperkemaskan. Mungkin dengan usaha-usaha kesinambungan yang saya jelaskan tadi tidak akan ada pihak yang sewenang-wenangnya ‘mengharamkan’ naskhah filem yang berkualiti, malah kerjasama sebenarnya yang dituntut bagi menghasilkan kejayaan tersebut. Ini secara tidak langsung juga akan menaikkan martabat industri seni tanahair sebagai salah satu industri yang penting dalam menjana pembinaan jati diri Negara dan bangsa

Renung-renungkanlah. Setakat ini dulu buat kali ini, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Berjumpa di lain waktu.


P/S : Dalam Kecoh Betul pun ada isu rempit…tapi nama kita ni kecik aje...



Monday, May 4, 2009

SALAM PERKENALAN

Salam perkenalan kepada semua yang sudi bersama saya di ruangan ini.

Sesungguhnya saya menjadikan ruang ini sebagai ruang untuk meluahkan pendapat disamping sebagai ruang promosi kepada aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sebagai seorang penulis skrip juga pengarah drama dan filem.

Di ruang ini saya, mahupun anda saya jemput untuk bercerita serta berdiskusi apa jua kisah dan hal-hal yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai masyarakat yang hidup di dalam era millennia ini, kita dikelilingi dengan pelbagai cabaran serta dipengaruhi oleh dakyah-dakyah yang kadangkala mampu mengelirukan kita.

Saya mengambil ini semua sebagai rentetan kehidupan kita yang harus kita tempuhi seharian. Sejauh mana sekalipun kita berlari, kita tidak akan terlepas dari menghadapi sekelumit dari hal-hal yang mencabar peradaban sosial dan budaya masyarakat hari ini.

Proses ini menjadikan kita sebagai insan yang matang dalam menghadapi kehidupan seharian. Proses ini jugalah yang saya terapkan di dalam penulisan saya yang akhirnya saya garapkan menjadi sebuah naskhah yang di panggil drama atau filem.

Bergerak dari permulaan kerjaya saya sebagai ‘ahli’ dibelakang tabir penerbitan drama dan filem sehingga hari ini saya percaya bahawa filem bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali diri sendiri, mendalami pelbagai ilmu pengetahuan seterusnya menyalurkan bakat dan menyumbangkan tenaga tidak kira sebagai pelakon mahupun karyawan di balakang tabir.

Oleh itu saya dengan sedaya mungkin cuba berkongsi kisah dengan menjadikan televisyen dan filem sebagai alat untuk membentuk masyarakat.

Tahun ini (2009), genap 12 tahun saya terlibat secara langsung berada di belakang mahupun di depan kamera. Tahun ini juga merupakan tahun istimewa saya apabila dapat berkongsi naskhah (filem) pertama saya dengan masyarakat penonton.

‘Kecoh Betul’ dalam jangkaan akan menemui masyarakat penonton di seluruh pawagam di Malaysia pada Oktober 2009. Ketika tulisan ini ditulis ‘Kecoh Betul’ sedang menjalani proses pos produksi.

Setakat ini dahulu sebagai salam perkenalan. Semoga kita menjalani kehidupan hari-hari dengan penuh ceria, penuh kesyukuran dan keinsafan.