Selamat Datang ke laman blog Azfar El Ideris


Apa yang dipaparkan dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan berdasarkan analisis penulis sendiri. Ia tidak dipengaruhi mana-mana individu atau persatuan. Ia juga tidak mewakili sebarang organisasi. Sebarang pendapat atau teguran, sama ada positif atau negatif adalah dialu-alukan. Bagaimanapun penggunaan bahasa kasar, menghina atau berbentuk ugutan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Wednesday, May 26, 2010

KECOH BETUL – TRILOGI di belakang tabir II


Hujung minggu hari tu bila teman baca paper (akhbar) teman rasa bangga pun ada. Apa tidaknya apabila nama keluar paper (walaupun kecik aje sebagai pegarah bersama – jadi le sebagai motivasi diri dan kengkawan baca daripada takde). Di kesempatan ini teman ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas wartawan dan editor akhbar-akhbar terebut dan tak lupa juga kepada blogger yang menulis review yang teman rasa sebagai fleksibel. Teman tidak menafikan sebagai pengarah baru masih banyak kelemahan dan masih banyak yang teman perlu belajar. Terima kasih di atas komen yang membina dan sebagai pengkarya teman akan cuba mengatasi kelemahan-kelemahan itu di masa akan datang.

Berbalik kepada Kecoh Betul, teman tertarik dengan satu kenyataan pada salah satu artikel di akhbar berkenaan Kecoh Betul yang berbunyi…pengarah berjaya membawa idea dan ideologi yang tersendiri dalam Kecoh Betul. Sebelum menggarap Kecoh Betul, teman ada le buat research teman sendiri sebagai seorang yang dah terlibat dengan filem selama 10 tahun. Teman dah lalu bagaimana rasa penerbit dan pengarah yang dapat untung banyak dan tak kurang juga yang terlungkup. Memandangkan Kecoh Betul ni first baby teman, teman bertanggungjawab di atas sambutannya nanti. Setiap pengarah ada formulanya yang tersendiri dan formulalah yang teman cari. Macammanapun teman akan tunggu bagaimana sambutannya nanti, sekiranya berhasil teman rasa bertanggungjawab untuk berkongsi bersama formula teman tu dengan pengarah dan penerbit-penerbit baru.

Hari tu tulisan teman berhenti takat cerita Nabil. Kali ni teman nak berkongsi sikit cerita pasal Bell Ngasri. Teman ada baca dalam satu artikel berkenaan dengan Bell Ngasri yang menyatakan dia terpilih di saat akhir sebagai pelakon di Kecoh Betul. Teman tidak menafikannya tetapi nak betulkan sedikit kenyataan itu. Memang lumrah setiap produksi untuk ada dua tiga pilihan pelakon sebagai pemegang watak, begitu juga dengan Bell, beliau bukan dipilih di saat akhir tetapi merupakan pilihan seterusnya setelah pelakon yang terpilih sebelum itu tidak memberi komitmen yang bagus. Bagi saya kehadiran Bell dalam produksi Kecoh Betul benar-benar memberi impak yang bagus kepada filem itu sendiri(ada hikmah disebalik penolakan pelakon yang dipilih sebelumnya). Bell Ngasri yang kita sedia maklum, menghambakan diri sebagai insan seni sedari kecil lagi (teman sekolah lagi dia dah berlakon). Kehebatan dan komitmen yang diberi oleh saudara Bell tidak dapat teman sangkal. Wataknya sebagai seorang yang gagap cukup ‘menjadi’. Bagi teman, Bell tidak perlu berasa rendah diri atau kecil hati apabila dipanggil tika saat akhir. Sepertimana yang teman khaborkan tadi, Bell bukan dipilih di saat akhir tetapi merupakan pilihan seterusnya. Dengan komitmen dan lakonan mantap yang diberikannya teman sekali lagi tidak dapat menyangkal bahawa dia sebenarnya pilihan yang terbaik.

Dah bercerita pasal Bell, selepas ini teman nak cerita pulak pasal Shah R. Siapa Shah R.? Kalau nak tahu tunggulah teman tulih ceghitanye.

AURA SHAHIR - JUARA AF 8

"Embun pun takkan mampu ... menyubur sekuntum bunga yang layu dalam musim luruh..." Clap! Clap! Clapppp..! bikin gegar satu dewan putra dengan jerit pekik audien yang dah mula histeria dan angau ngan budak kampar ntah dari kampung mana nih... hebatssssssssssss betul aura budak nih sampai hilang gaklah stress aku biler bleh turut menjerit sambil bertepuk tangan. Terasa cam nak berdiri untuk 'standing ovation' .. klau kat negara barat ramai yang dah berdiri masa tuhhh..!

Walaupun banyak cakap cakap belakang dan depan yang menulis AF8 suram dan sendu tapi jangkaan dan kenyataaan dey all tu semua meleset bila aura si Shahir mencetus satu lagi fenomena hebatssssss selepas Mawi. Kalau dah views malam final tu jer dah cecah 1.2 million, AF8 dah berjaya buktikan yang format rancangan realiti masih bleh diterima masyarakat. Cuma strategi xleh klise kena twist or touch up mana mana patut.

Masa baru sampai dewan putra, aku lepak ngan sorang wartawan tersohor dengan tagline 'cunnn'... Sebaik sampai wartawan tu tersenyum sambil sound kat aku, 'beb.. aku sampai jer tengok macam kenduri tahlil....'. Aku yang first time datang final konsert cuma sengeh cam kerang busuk terpinga.. aku curious bile aku re-call time sampai tadi bukan main jauh aku menapak takde parking.. pastu plak bukan main panjang que kat sebelah pintu utama... Detik hati, 'Ooooo.. maybe aku salah kot sebab xpernah attend final konsert sebelum nihh.. ', innocent sungguh! Wakakakkaaaa.....

Bila masuk dalam dewan ramai gak manusia, walaupun tak sehebat stadium bola time final Piala Malaysia. Sepanjang berjalan menuju tempat duduk ramai gak aku tengok yang bawa poster kain rentang n macam macam lagi tanda dey all tu.. penyokong finalis AF8. Ader gak yang menari step lagu rasmi AF.. motif??!! hanya dorang jer tahu... Tapi sebenarnya.. aku pun tak tahu nak sokong sape... layan jerlah. Bila akak depan aku tanya aku vote sapa? aku terkedu nak jawab.. aku tanya balik, 'akak sokong sapa?' jawab akak tu penuh confident, 'Shahir, anak akak pun nama Shahir gak..'. 'Saya pun sokong Shahir..' balas aku, walaupun xpernah dengar Shahir nyanyi. Yerlahh... memang realitinyer, pegi keje balik keje.. balik umah layan anak.. masaklah... dan seribu satu hal pompuan yang nak kena wat. Jadik lain hal aku tak ambik pusing with a tagline, 'whateverrrr....'.

Nyanyian pembukaan oleh Daus peminat dah mula bersorak. Aku rasa okay gak budak ni as performer. Not bad... untuk dinner dinner show bagus nih! orang kata bleh carik makan. Skang ni kalau nak harap jualan album memang syahdu dan sayu.. industri muzik tak ler happening sangat biler semua channel radio ader lagu best.. download sana sini.. etc.

Adira memang berbakat, camtu gak yang lain cam Iwan dan Maulana.. masing masing dengan gaya tersendiri. Lepas satu satu bebudak finalis nihh.. performed. Hilang segala stress biler genre lagu dey all variety, jadik aku layan n terhibur gak... sambil sesekali bersorak girang aku angkat tangan melambai cam sumer orang slalu wat biler gi konsert.. ! Sekalung tahniah ler wat sumer tenaga pengajar coz berjaya cungkil dan polish bakat budak budak nih.. final konsert yang menghiburkan. Congrats!!!

artikel ini ditulis oleh anjerbee

Thursday, May 13, 2010

KECOH BETUL – TRILOGI di belakang tabir

Hampir setahun tidak menulis di dalam ruangan yang aku ‘cipta’ sendiri. Sibuk dengan urusan-urusan produksi membuatkan isu yang mahu dibangkitkan di dalam blog menjadi isu sembang bersama krew ketika sebelum pulang sambil pekena teh tarik.(walau yang sebenarnya aku minum Nescafe tarik)


Aku terpanggil untuk menulis kembali dan akan terus menulis (jika diizin tuhan) kerana ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca tulisanku ini. Tidak kurang dari sebulan dari sekarang, bermula 3 Jun 2010 filem KECOH BETUL akan berada di 50 pawagam seluruh tanahair.


Teringat aku peristiwa sekitar tahun 2007, pada ketika itulah produser S.Baldev Singh menyatakan hasratnya kepadaku untuk bikin filem kedua setelah kegagalan filem Akhirat. Kegagalan tidak mematahkan semangat beliau malah beliau terus bangkit selagi kejayaan tidak dikecapi. Sekadar memberi pendapat (sebagai seorang yang sudah 10 tahun berpengalaman dalam bidang produksi pada ketika itu) aku menyarankan agar bikin filem komedi kerana kosnya yang sederhana dan sambutan penonton yang dahagakan filem genre sedemikian.


Apa yang menariknya, bukan sahaja cadangan itu diterima malah aku telah ditawarkan oleh produser untuk menjadi pengarah bersama kepada projek filem tersebut.


KECOH BETUL vs RASUK


Pada peringkat awal Mr.Baldev lebih berminat untuk bikin filem seram. Sebagai produser dia memang berhak untuk apa diputuskannya.Mr.Baldev memang agak degil sikit, tapi dalam pada itu ada baiknya.Filem seram yang diberi tajuk RASUK itu sudah hampir siap skripnya ditulis (tinggal nak touch up je). Dek kerana dari gesaan sekeliling, akhirnya bos aku setuju semula untuk meneruskan projek KECOH BETUL. Aku adalah antara insan yang paling gembira tatkala keputusan itu dibuat. Kami terus gembleng tenaga bagi memastikan KECOH BETUL berjaya dihasilkan. Pada peringkat awal tajuk yang diberi ialah KECOH sahaja. Mr. Baldev nak juga tajuk KECOH BETUL. Bagi aku tidak salah tajuk itu diputuskan memandangkan tagline seperti kecoh betullah kau ni…sememangnya menjadi antara bait yang kita ucapkan kepada seseorang yang agak kecoh perangainya.


NABIL – RAJA LAWAK musim kedua


Pertengahan tahun 2008, naskhah KECOH BETUL sudah siap untuk divisualkan. Orang-orang kuat produksi di White Merpati Entertainment mula sibuk membincangkan pencarian pelakon untuk KECOH BETUL. Bagai bulan jatuh ke riba, pada ketika itu nama Nabil Ahmad menjadi sebutan ramai, sehinggalah si Nabil ni berjaya dan dinobatkan sebagai RAJA LAWAK musim kedua terbitan ASTRO. Dek kerana populariti dan bakatnya maka pihak produksi bersetuju untuk menawarkan watak utama kepada Nabil.


KECOH BETUL memerlukan tiga watak utama untuk mendokong watak mat-mat dispatch yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran pizza. Salah satu watak itulah yang ingin kami tawarkan kepada Nabil.


Cukup payah untuk mendapatkan Nabil ketika itu (maklumlah orang tengah panas). Namun kerana inginkan juga Nabil sebagai tunggak utama, ku gagahkan jua untuk mencari jalan bertemu dengannya.


Akhirnya bersama-sama dengan pengurus produksi pada waktu itu saudara Heree Hasrizal, aku telah dipertemukan dengan Nabil Ahmad bersama pengurusnya. Setelah aku ceritakan sinopsis KECOH BETUL, Nabil ternyata berminat dan aku kagum dengan semangatnya yang seakan-akan membakar semangat ku pula.


Dek kerana kesibukan Nabil, produksi yang dijadualkan bermula pada Ogos 2008 telah ditunda ke Disember 2008.


Produksi terus dengan pencarian pelakon bagi mengisi kekosongan watak-watak yang diperlukan. Mahu tahu apa kisah selanjutnya?


Sudi-sudikanlah membaca tulisan saya dalam tajuk KECOH BETUL – TRILOGI di belakang tabir.