Selamat Datang ke laman blog Azfar El Ideris


Apa yang dipaparkan dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan berdasarkan analisis penulis sendiri. Ia tidak dipengaruhi mana-mana individu atau persatuan. Ia juga tidak mewakili sebarang organisasi. Sebarang pendapat atau teguran, sama ada positif atau negatif adalah dialu-alukan. Bagaimanapun penggunaan bahasa kasar, menghina atau berbentuk ugutan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Monday, May 4, 2009

SALAM PERKENALAN

Salam perkenalan kepada semua yang sudi bersama saya di ruangan ini.

Sesungguhnya saya menjadikan ruang ini sebagai ruang untuk meluahkan pendapat disamping sebagai ruang promosi kepada aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sebagai seorang penulis skrip juga pengarah drama dan filem.

Di ruang ini saya, mahupun anda saya jemput untuk bercerita serta berdiskusi apa jua kisah dan hal-hal yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai masyarakat yang hidup di dalam era millennia ini, kita dikelilingi dengan pelbagai cabaran serta dipengaruhi oleh dakyah-dakyah yang kadangkala mampu mengelirukan kita.

Saya mengambil ini semua sebagai rentetan kehidupan kita yang harus kita tempuhi seharian. Sejauh mana sekalipun kita berlari, kita tidak akan terlepas dari menghadapi sekelumit dari hal-hal yang mencabar peradaban sosial dan budaya masyarakat hari ini.

Proses ini menjadikan kita sebagai insan yang matang dalam menghadapi kehidupan seharian. Proses ini jugalah yang saya terapkan di dalam penulisan saya yang akhirnya saya garapkan menjadi sebuah naskhah yang di panggil drama atau filem.

Bergerak dari permulaan kerjaya saya sebagai ‘ahli’ dibelakang tabir penerbitan drama dan filem sehingga hari ini saya percaya bahawa filem bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali diri sendiri, mendalami pelbagai ilmu pengetahuan seterusnya menyalurkan bakat dan menyumbangkan tenaga tidak kira sebagai pelakon mahupun karyawan di balakang tabir.

Oleh itu saya dengan sedaya mungkin cuba berkongsi kisah dengan menjadikan televisyen dan filem sebagai alat untuk membentuk masyarakat.

Tahun ini (2009), genap 12 tahun saya terlibat secara langsung berada di belakang mahupun di depan kamera. Tahun ini juga merupakan tahun istimewa saya apabila dapat berkongsi naskhah (filem) pertama saya dengan masyarakat penonton.

‘Kecoh Betul’ dalam jangkaan akan menemui masyarakat penonton di seluruh pawagam di Malaysia pada Oktober 2009. Ketika tulisan ini ditulis ‘Kecoh Betul’ sedang menjalani proses pos produksi.

Setakat ini dahulu sebagai salam perkenalan. Semoga kita menjalani kehidupan hari-hari dengan penuh ceria, penuh kesyukuran dan keinsafan.

No comments:

Post a Comment